Followers
Saturday, December 13, 2014
Resipi ikan ayo/Ikan Tongkol Gulai Nasi Berlauk pagi
Resipi Gulai ike ayo/ikan Tongkol untuk Nasi Berlauk Pagi
Bahan Bahan
Sekilo Ikan Ayo/Tongkol
RM 3.00 Santan Pekat
1/2 Inci Kunyit
1/2 Inci Halia
1/2 Inci Lengkuas
Friday, December 12, 2014
Resipi Siakap Sos Epal
Resipi Sikap Sos epal
Bahan Bahan Untuk Ikan
Ikan Siakap
1 Inci Halia Muda - Blander Halus
Dua sudu tepung Jagung
2 Biji Limau Nipis
I biji Epal Hijau
Cara Buat
Bersihkan Ikan - sapu limau nipis pada keseluruhan ikan dalam dan luar
rendam sekejap dalam air perahan limau nipis
Bersihkan dengan air - lap hingga kering
Lumurkan ikan dengan Halia yg telah diblander halus
Sapukan tepung Jagung pada ikan
Goreng dengan minyak yang panas dan api sederhana
Bila dah garing angkat
Parut Sebiji Epal secara memanjang dan tabur di atas ikan
Sos Epal
bahan-Bahan
1 Biji Epal hijau
dua sudu sos Plum
dua biji lada kecil
1 Biji Bawang Besar Holland
5 Biji Bawang Putih
1 biji buah lemon besar - Ambil Jus
Cara Buat
Blender semua bahan di atas
Tumis menggunakan minyak zaitun
Masukkan sedikit air
masukkan Brokoli -
masak hingga pekat
Bila dah masak angkat
Curahkan di atas ikan
Thursday, July 31, 2014
Resipi Lamb Chop
My Resipi Lamb Chop
Bahan-bahan
Lima Keping Lamb Chop
10 Biji Kentang
Sos Lada Hitam
Kicap
Dua Biji Bawang Holland
3 Biji ubi kentang
Cara Buat
Perap semua bahan di atas bersama sama daging kambing muda
Perap lebih kurang 2 Jam
Panggang di atas periuk pemmangang
Panggang bersama sama ubi kentang selepas dipotong memanjang dan bersama bawang holland
Sos Lmb Chop
Bahan -bahan
- 5 biji ubi kentang -Blander
- Sos Lada Hitam
- Kicap lemak manis
Cara Buat
5 biji ubi kentang - Kupas kulit dan blander
panaskan bersama sama dengan Sos lada Hitam dan Juga Kicap lemak manis
Bila dan masak curahkan ke atas daging kambing muda tadi
P/S boleh dimakan dengan nasi putih atau makan begitu sahaja
Friday, February 7, 2014
Resipi Udang Butter Bersarang Telur Kuning
Resipi Udang Butter Bersarang Telur Kuning
Bahan-bahan
1. 1/2 Kilo Udang Besar - 7 Ekor je
2. 5 biji telur kuning
3. 1 bungkus butter / boleh juga guna majerin
4. 2 batang Serai
5. 2 tangkai daun kari
6. 4 ulas bawang putih
7. 1 biji bawang besar holland
8. 1 biji lada Merah
9. Garam gula secukup rasa
10. 1 biji Limau Nipis
Cara Buat Butter
1. Panaskan 1 Bungkus butter/majerin di dalam kuali - api jangan besar
2. ambil telur kuning dan kacau hingga sebati
3. Bila butter dah cair, masukan telur kuning secara perlahan-lahan angkat tinggi - curah perlahan-lahan sambil kacau- kacau telur kuning yang dah dimasukkan dalam kuali tu - supaya ia berurat
5. Kacau cepat-cepat dan biarkan ia garing di dalam kuali
6. bila dan kekuningan atau garing, angkat dan letakkan di atas penapis supaya minyaknya keluar
7. Kemudian asingkan, seperti dalam gambar
Cara masak udang
1. Panaskan dua sudu butter atau majerin
2. masukkan bawang putih, bawang besar dan lada merah dan Serai...kacau hingga naik bau aromanya
3. masukkan udang, kacau, akhirnya masukkan garam gula secukup rasa serta daun kari supaya aromanya
4. Perah sebiji limau nipis dan kacau goreng
4. bila dah masak angkat dan taburkan sarang telur tadi di atas udang yang telah masak tadi seperti dalam gambar - Ikut Step — with Fairus Suhana. (8 photos)
Bahan-bahan
1. 1/2 Kilo Udang Besar - 7 Ekor je
2. 5 biji telur kuning
3. 1 bungkus butter / boleh juga guna majerin
4. 2 batang Serai
5. 2 tangkai daun kari
6. 4 ulas bawang putih
7. 1 biji bawang besar holland
8. 1 biji lada Merah
9. Garam gula secukup rasa
10. 1 biji Limau Nipis
Cara Buat Butter
1. Panaskan 1 Bungkus butter/majerin di dalam kuali - api jangan besar
2. ambil telur kuning dan kacau hingga sebati
3. Bila butter dah cair, masukan telur kuning secara perlahan-lahan angkat tinggi - curah perlahan-lahan sambil kacau- kacau telur kuning yang dah dimasukkan dalam kuali tu - supaya ia berurat
5. Kacau cepat-cepat dan biarkan ia garing di dalam kuali
6. bila dan kekuningan atau garing, angkat dan letakkan di atas penapis supaya minyaknya keluar
7. Kemudian asingkan, seperti dalam gambar
Cara masak udang
1. Panaskan dua sudu butter atau majerin
2. masukkan bawang putih, bawang besar dan lada merah dan Serai...kacau hingga naik bau aromanya
3. masukkan udang, kacau, akhirnya masukkan garam gula secukup rasa serta daun kari supaya aromanya
4. Perah sebiji limau nipis dan kacau goreng
4. bila dah masak angkat dan taburkan sarang telur tadi di atas udang yang telah masak tadi seperti dalam gambar - Ikut Step — with Fairus Suhana. (8 photos)
Friday, January 24, 2014
Resipi Itik Serati Gulai Kerutuk
Resipi Itik Serati Gulai Kerutuk
Bahan-Bahan
1.
1 Ekor Itik Serati – Masak separuh sebab daging
itik serati ni besar
2.
5 ulas Bawang Putih, 2 labu bawang besar kuning
3.
Setengah Inci Halia
4.
1 Ketul Lengkuas
5.
Rempah Penumis ( kulit kayu manis, bunga lawing,
cengkih ) atau beli je kat kedai runcit
6.
2 Bungkus serebuk Kerutuk Adabi atau lain-lain
jenama
7.
Kerisik
8.
5 Batang Serai
9.
Sedikit serbuk Ketumbar – 1 sudu kecil
10.
Santan – beli kat kedai RM2.00
11.
2 kepin asam gelugur
Cara Memasak
1.
Proses itik kat kedai proses ayam - kalau buat sendiri pun boleh juga..senang
hantar proses.
2.
Potong itik beberapa bahagian- ikut suka besar
atau kecil
3.
Blander
Bawang putih, 1 labu bawang Besar, dan Halia
4.
Tumis bahan yang telah diblander dengan lengkuas
dan serai yang telah diketuk dan juga
rempah menumis
5.
Masukkan serbuk rempah adabi di dalam mangkuk-
masukkan air panas dan kacau hingga semua serbuk kerutuk larut di dalam mangkuk
6.
Masukkan ke dalam kuali atau periuk menumis tadi
kacau hingga aroma tumisan menjadi wangi
7.
Masukkan
Itik Serati yang telah dibersihkan ke dalam periuk, kacau hingga sebati
dan jangan lupa masukan 2 atau 3 sudu besi untuk mempercepatkan proses
melembutkan daging serati, daging serati ni kalau dimasak secara biasa..isinya
akan menjadi keras. Habis gas pun tak
masak lagi…
8.
Letak sudu tu dicelah-celah daging itik serati
tersebut…kemudia kacau hingga mendidih
9.
Selepas mendidih dan daging itik serati tadi
lembut masukkan santan dan kacau hingga mendidih
10.
Masukkan garam gula secukup rasa
11.
Masukkan 5 sudu kerisik
12.
Last sekali masukkan asam keeping dan kacau
biarkan hingga mendidih dan masak
Petua : jangan Lupa Masukan 2 atau 3 batang sudu
bersama-sama dengan itik serati tadi kalau tak tak lambatlah masak…habis gas
kat dapur nanti…kalau ikut teori sains memang betul lah sebab sudu tu besi dan
panas,,jadi kalau kena dan bersentuhan dengan daging itik tadi cepatlah masak
Ok ; Selamat Mencuba….daripada makan kat kedai baik cuba
buat sendiri untuk jaminan kebersihan dan tanpa Ajinomoto….( tak elok untuk
kesihatan ) Resipi turun temurun dan ciptaan seendiri daripada Cikgu Zamri
Talib. Lain lain resipi dapatkan di (resipicikgusejarah.blogspot.com)
Subscribe to:
Posts (Atom)