Followers

Friday, April 3, 2015

Resipi Ikan Belitung goreng ala-ala master chef

Resipi ikan belitung....goreng..ala ala master chef.....resipi ringkas dan sedap
Perap ikan dengan garam kunyit. Tabur sedikit serbuk lada hitam......lepas tu goreng ringkas dan simple tapi sedap
Utk menarik ala ala chef...hias ikut citarasa....tgk terus rasa nak makan....baru siap ni......yg lebih tu boleh

 gulai tempoyak.











Saturday, March 28, 2015

Resipi Daging dendeng goreng halia

Resipi Daging dendeng goreng halia dan pakprik makanan laut.....
Bahan - bahan untuk daging dendeng
1/2 kilo daging batang pinang
1/2 inci halia
bawang besar kuning
5 ulas bawang putih
2 biji lada kecik
1 biji air limau nipis
Cara buat
Potong daging nipis nipis
Ketuk dengan penukul daging sampai putus urat daging
goreng dalam minyak yang panas
angkat dan asingkan
Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan lada kecik..
Bila naik bau masukkan daging yang telah digoreng tadi dan kacau goreng
masukkan garam gula secukup rasa
dan akhir sekali perah sebiji limau nipis
Kacau goreng dan angkat

Daging stik pantai sabak.

Daging stik pantai sabak........
Resipi Daging Stik
Bahan-Bahan
Daging musee atau daging batang pinang
Sos Stik dan Sos Lada hitam
Bawang putih -diketuk
Bawang Besar-Potong dadu
Kentang
Daun Ketumpa
Cara Buat
1. Potong Daging bebrapa bahagian secara Nipis
2. Ketuk dengan penukul daging
3. Perap dengan Sos Stik dan Lada Hitam lebih kurang 20 Minit bersama-sama kentang yg telah dipotong dadu
4. Bakar dalam kuala memangang atau grill dalam ketuhar pemangang lebih kurang 20 Minit.
5. Angkat dan susun di dalam pinggang.
Untuk Sos
1. Sos Stik dan Sos lada hitam dicampur dengan sedikit air... masak sekejap di atas api yg sederhana..bila dah masak tuangkan di atas daging stik yg telah masak tadi
2. Hias dengan daun ketumbar utk aroma daunnya....
Resipi Siap..Ringkas dan menyelerakan selamat mencuba

Saturday, December 13, 2014

Resipi ikan ayo/Ikan Tongkol Gulai Nasi Berlauk pagi


 Resipi Gulai ike ayo/ikan Tongkol untuk Nasi Berlauk Pagi

Bahan Bahan

Sekilo Ikan Ayo/Tongkol
RM 3.00 Santan Pekat
1/2 Inci Kunyit
1/2 Inci Halia
1/2 Inci Lengkuas




Friday, December 12, 2014

Resipi Siakap Sos Epal

Resipi Sikap Sos epal

Bahan Bahan Untuk Ikan

Ikan Siakap
1 Inci Halia Muda - Blander Halus
Dua sudu tepung Jagung
2 Biji Limau Nipis
I biji Epal Hijau

Cara Buat
Bersihkan Ikan - sapu limau nipis pada keseluruhan ikan dalam dan luar
rendam sekejap dalam air perahan limau nipis
Bersihkan dengan air - lap hingga kering
Lumurkan ikan dengan Halia yg telah diblander halus
Sapukan tepung Jagung pada ikan 
Goreng dengan minyak yang panas dan api sederhana
Bila dah garing angkat
Parut Sebiji Epal secara memanjang dan tabur di atas ikan


Sos Epal

bahan-Bahan 

1 Biji Epal hijau
dua sudu sos Plum 
dua biji lada kecil
1 Biji Bawang Besar Holland
5 Biji Bawang Putih
1 biji buah lemon besar - Ambil Jus 

Cara Buat

Blender semua bahan di atas
Tumis menggunakan minyak zaitun
Masukkan sedikit air
masukkan Brokoli - 
masak hingga pekat
Bila dah masak angkat 
Curahkan di atas ikan


Thursday, July 31, 2014

Resipi Lamb Chop


My Resipi Lamb Chop

Bahan-bahan

Lima Keping Lamb Chop
10 Biji Kentang
Sos Lada Hitam
Kicap 
Dua Biji Bawang Holland
3 Biji ubi kentang

Cara Buat

Perap semua bahan di atas bersama sama daging kambing muda 
Perap lebih kurang 2 Jam
Panggang  di atas periuk  pemmangang
Panggang bersama sama ubi kentang selepas dipotong memanjang dan bersama bawang holland 

Sos Lmb Chop

Bahan -bahan
- 5 biji ubi kentang -Blander
- Sos Lada Hitam
- Kicap lemak manis

Cara Buat

5 biji ubi kentang - Kupas kulit dan blander
panaskan bersama sama dengan Sos lada Hitam dan Juga Kicap lemak manis
Bila dan masak curahkan ke atas daging kambing muda tadi

P/S boleh dimakan dengan nasi putih atau makan begitu sahaja







Friday, February 7, 2014

Resipi Udang Butter Bersarang Telur Kuning

Resipi Udang Butter Bersarang Telur Kuning

Bahan-bahan

1. 1/2 Kilo Udang Besar - 7 Ekor je
2. 5 biji telur kuning
3. 1 bungkus butter / boleh juga guna majerin
4. 2 batang Serai
5. 2 tangkai daun kari
6. 4 ulas bawang putih
7. 1 biji bawang besar holland
8. 1 biji lada Merah
9. Garam gula secukup rasa
10. 1 biji Limau Nipis

Cara Buat Butter

1. Panaskan 1 Bungkus butter/majerin di dalam kuali - api jangan besar
2. ambil telur kuning dan kacau hingga sebati
3. Bila butter dah cair, masukan telur kuning secara perlahan-lahan angkat tinggi - curah perlahan-lahan sambil kacau- kacau telur kuning yang dah dimasukkan dalam kuali tu - supaya ia berurat
5. Kacau cepat-cepat dan biarkan ia garing di dalam kuali
6. bila dan kekuningan atau garing, angkat dan letakkan di atas penapis supaya minyaknya keluar
7. Kemudian asingkan, seperti dalam gambar

Cara masak udang

1. Panaskan dua sudu butter atau majerin
2. masukkan bawang putih, bawang besar dan lada merah dan Serai...kacau hingga naik bau aromanya
3. masukkan udang, kacau, akhirnya masukkan garam gula secukup rasa serta daun kari supaya aromanya
4. Perah sebiji limau nipis dan kacau goreng
4. bila dah masak angkat dan taburkan sarang telur tadi di atas udang yang telah masak tadi seperti dalam gambar - Ikut Step
 — with Fairus Suhana. (8 photos)