Followers

Saturday, December 10, 2011

Roti Tortilla Mozzarella Itali













Cuaca di luar sana sejuk hari ni...mungkin disebabkan hujan di pagi hari, Rasa lapar sungguh hari ni bila suasana sejuk begini....Nak makan apa pagi-pagi ni? Anak-anak cakap tokser makan nasi doh pagi-pagi ni....Kalau makan roti best juga ni....Tengok atas rak dapu ada Roti Tortilla, Best juga kalau Masak Roti Tortilla ni bersama dengan Mozzarella itali


Resipi Roti Tortilla Mozzarella Itali

Bahan-bahan

1. 1 bungkus Roti Tortilla ( Roti ni banyak di jual di Tesco )
2. Mozzerella itali ( Kalau tak ada boleh guna chesse tempatan )
3. Isi ayam - potong halus ( cincang )
4. Lada benggala
5. bawang besar Holland
6. serbuk paprika
7. Serbuk Campuran Steak
8. 2 biji tomato - di cincang halus
9. Garam gula secukup rasa

Cara buat
1. Bakar roti tortilla di atas periuk lepar
Untuk Intinya
1. Cincang isi ayam sehingga halus
2. masukkan bawang Hollang yg telag di cincang halus bersama dengan isi ayam
3. biarkan isi ayam masak
4. masukkan serbuk paprika dan serbuk campuran steak
5; kacau sehingga isi ayam sebati dengan paprika dan serbuk steak
6. masukan garam gula secukup rasa
7. masukkan lada benggala dan tomato yang telah dicincang halus
8. bila masak angkat dan letakkan di atas roti tortilla yang telah dibakar di atas periuk leper tadi
9. taburkan sedikit Mozzarella di atas inti ayam tadi
10. kemudian lipat roti tersebuk mengikut cita rasa sendiri
11. letakkan di atas dulang pembakar tabur sedikit lagi Mozzerella ( jika tiada boleh gunakan chesse tempatan
12. kemudian bakar di dalam ketuhar pembakar lebih kurang 2 minit
13. Angkat dah boleh dimakan panas-panas......

Boleh Try- resipi yg berlainan


Friday, December 9, 2011

Pizza Chesse Itali Bersos Stik

Resipi Pizza

Bahan-bahan

1. 1 bungkus roti pita
2. majerin
3. Cheese
4. hot dog berperisa Cheese dan black paper
5. Serbuk paprika
6. Serbuk Rempah stik
7. 2 biji tomato
8. 1 lada bengala hijau
9. 1 Tin nenas
10. Sos Tomato

Cara Memasak

1. Sapukan majerin pada ketiga-tiga Roti Pita
2. Potong Hotdog nipis-nipis aturkan di atas roti pita
3. Potong dadu tomato, lada bengala dan nenas
4. Aturkan semuanya di atas roti Pita
5. Taburkan Cheese Itali keseluruh roti pita
6. Taburkan serbuk paprika dan serbuk Stik
7. Akhir sekali letakkan sos chili di atas roti pita
8. Bakar di dalam ketuhar lebih kurang 8 - 12 minit
9. Bila Pizza dah masak...boleh makan lah.....

Boleh try dan boleh cuba....adunan boleh campur sendiri mana yg suka





Ikan Kerapu 3 Rasa Bersos Paprika

Resipi Ikan Kerapu Tiga Rasa Bersos paprika

Bahan-bahan

1. 1 Ekor ikan kerapu
2. Serbuk Paprika ( banyak dijual kat supermarket )
3. Sos Tiram
4. Halia
5. garam kunyit
6. Lada benggala ( Potong dadu )
7. Daun kadok
8. Daun ketumba
9. 3 batang Serai ( Potong Nipis )
10. Garam gula secukup rasa
11. 1 Tin nanas
12. 3 Biji lada kecil

Cara Buat

1. Cuci ikan kerapu dengan limau nipis utk hilangkan bau hanyir
2. Perap ikan dengan halia dan bawang Putih serta sedikit kunyit
3. Goreng ikan hingga garing
4. Susun daun kadok di atas dulang
5. Letakkan ikan di atas dulang yang mengandungi daun kadok
6. Untuk kuahnya- cincang bawang putih, bawang merah, dan bawang besar serta chili padi atau chili merah
7. Tumiskan bahan-bahan tersebut sehingga wangi
8. masukkan sedikit air dan kacau
9. Masukkan 3 sudu sos tiram,
10. Masukkan sedikit sos paprika - kacau perlahan-lahan sehingga kuah menjadi pekat
11. masukkan timun, ladang bengala dan tomato yang dipotong dadu
12. seterusnya masukkan nanas tin yng dipotong dadu
13. masukkan garam gula secukup rasa
14. perah sebiji limau nipis
15. kacau sehingga masak
16. angkat dan curahkan di atas ikan di dalam dulang tadi
17. akhir sekali carik-carikan daun ketumbar di atas masakan tadi
18. siap boleh di makan dengan nasi putih









Monday, December 5, 2011

Kailan Ikan Talang Masin












Resipi kailan Ikan Talang masin

Bahan-Bahan
1. Sayur Kailan 1 ikat
2. Ikan Talang Masin
3. Bawang Putih, Bawang Besar
4. 2 biji Cili Merah
5. 1 biji Limau Nipis
6. Sedikit Belacan

Cara Masak

1. Potong Ikan Talang dan rendam di dalam air panas
2. Potong Sayur kailan
3. Tumis bawang Putih, Bawang Besar dan Cili Merah dan belacan
4. Masukan Ikan masin yg telah direndam di dalam air panas
5. tumis hingga wangi
6. Masukkan bahagian batang kailan - kacau
7. Masukkan bahagian daun - kacau
8. Perahkan limau nipis
9. Masukan garam gula secukup rasa- kacau
10. Masakan siap boleh dihidangkan...

Sunday, December 4, 2011

Asam Pedas Ikan Merah

Resipi Asam Pedas Ikan Merah

Bahan-bahan
1. 1 ekor ikan merah
2. 15 Tangkai Cili Kering - boleh kurang atau lebih sesuai dengan citarasa
3. 6 Biji bawang Merah - Kisar
4. 2 biji bawang Besar-Kisar
5. 1 inci Lengkuas - di ketuk
6. 3 batang Serai-Kisar
7. 1/2 Inci Kunyit hidup-Kisar
8. Semangkuk air asam jawa
9. 1 labu bawang putih -Kisar
10. 10 buji bendi
11. Sedikit Belacan
12. 2 batang Bunga kantan
13. 1 Ikat Daun Kesum

Cara buat

1. Potong dan suci ikan
2. Kisar semua bahan-bahan - Cili Kering, Bawang Putih, Bawang Besar, bawang merah
Halia, kunyit.
3. Tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak dan bernau wangi
4. masukkan air- kacau
5. Masukkan lengkuas yang telah diketuk- biarkan 10 minit
6.Masukkan Ikan merah, belacan
7. masukkan air asam jawa
8. masukkan garam gula secukup rasa
9. bila dah mendidih masukan bendi dan bunga kantan serta daun kesum
10. Bila masak angkat dan hiaskan......siap boleh dimakan










Sotong Goreng Butter








Sotong Goreng Butter

Bahan-Bahan

1/2 Kilo Sotong segar
1 paket tepung tempura atau tepung goreng adabi
5 Biji Telur ( Asingkan Telur putih dan Kuning )
5 Sudu Majerin/ Butter

Cara Buat
1. Potong Sotong secara bulat atau memanjang
2. Masukkan sotong tadi ke dalam telur putih
4. kemudian celupkan ke dalam tepung tempura
5. Goreng hingga garing/ranggup
6. Angkat dan letakkan di atas dulang

Cara Buat Butter

1. Ambil Telur Kuning Sahaja
2. Masukkan sedikit air dan kacau
3. Panaskan 5 sudu mentega
4. bila kuali dah panas masukan secara perlahan-lahan telur kuning yg telah dikacau
5. Kacau secara perlahan-lahan untuk dapatkan telur yg terurai halus
6. Goreng hingga kekuningan dan garing
7. angkat dan tapiskan telur tadi
8. Taburkan di atas sotong yg telah digoreng tadi.
9. Hiaskan mengikut kreativiti anda....Selamat mencuba