Followers

Sunday, March 13, 2011

Siakap Kerabu Mangga ala Thai


Minggu ni cuti sekolah.....boleh lah masak lauk-lauk special sikit....gi kat Tesco...jumpa ikan siakap Murah RM 10.00 Sekilo....Beli 4 ekor simpan dalam peti ais

Minggu ni nak masak ikan Siakap Kerabu mangga ala Siam

Bahan-Bahan

1. seekor ikan Siakap
2. 5 biji Mangga Muda
3. 1 tangkai bunga kantan
4. Seringgit Udang Kering
5. satu paket pes Tomyam
6. Bawang Putih dan Bawang Merah
7. 1 Biji Limau Nipis
8. Sedikit Serbuk Lada Hitam
9. 3 biji Cili padi...ikut suka ( kalau suka pedas, tambah cili padi )

Cara Masak

1. Bersih Ikan dengan limau nipis, basuh, lumurkan dengan garam kunyit, kemudia goreng hingga garing dan letakkan di dalam pinggang.
2. Untuk Kerabunya, Potong mangga dan Bunga kantan nipis-nipis, gaul kedua-duanya sehingga mesra
3. Tumbuk hingga lumat udang kering,
4. Tumbuk Bawang merah dan putih sehingga lumat
5. Masukkan bawang dan udang tadi ke dalam Kerabu, gaul sehingga mesra,
6. Masukkan pess tom yam, garam gula, serbuk lada hitam, perah limau nipis dan masukkan sedikit air
7. Gaul semua bahan tadi bersama mangga dan bunga kantan.
8. akhir sekali, letakkan kerabu tadi ke atas ikan siakap yang telah digoreng garing
9. Lepas tu bolehlah makan...memang sedap.......

No comments:

Post a Comment

Post a Comment