Followers

Friday, November 12, 2010

Resipi Siakap Kukus Bunga Kantan






Lama dah tak masak Ikan Siakap....Hari ini beli 4 ekor ikan siakap kat Tesco....murah benar hari ni...1 kilo RM10.80..biasa RM14.00 atau RM15.00 Ringgit....Beli banyak boleh simpan dalam peti...Nak masak baru keluarkan. Ikan Siakap ni memang sedap, kalau kat kedai....pergi RM35.00 Sepinggan...bukan sedap sangat....Masak kat rumah kita boleh buat pelbagai resipi....Macam-macam resipi telah dicuba...ini yang terbaru...dah masak semalam....kalu tak masak macamana nak ambil gambar

Bahan-Bahan utk Resipi Ikan Siakap Kukus Bersama Bunga Kantan

1. Ikan Siakap yg sederhana besar ( untuk hilangkan Hanyirnya boleh cuci dengan tepung beras dan limau nipis - kalau goreng tak perlu cuci ngan tepung beras )
2. Bawang Putih - 1 Labu
3. Bawang Merah - 1 Labu
4. Halian - i inci
5. 1 Kuntum bunga kantan ( Ni yg membuat aroma siakap tu lain dari yang lain )
6. 1 Biji Limau Nipis-
7. Dua tangkai Daun Ketumbar
8. 2 sudu Sos Chilie
9. 3 tangkai cili padi
10. 2 biji Tomato

Cara Masak

1, Bersihkan Ikan Siakap ( letakkan dalam dulang pengkukus ) ( didihkan air dalam pengkukus )
2. Potong Bawang Besar, Mayang bawang Putih dan Halia - Semuanya di tabur di atas ikan
3. Potong memanjang bunga kantan - taburkab di atas ikan
4. masukkan sedikit air
5. Masukkan dua sudu sos cili
6. Potong 2 biji Tomato letakkan di dalam dulang
7. Masukkan garam gula secukup rasa
8. Bila air dalam pengukus sudah mendidih baru kukuskan ikan tadi
9. Kukus lebih kurang 15 - 20 Minit
10. Angkat dan taburkan Daun ketumba
11. Resipi siap dan boleh dimakan......memang Sedap....