Followers

Sunday, December 6, 2009

Ayam Masak Tomyam Paprik





Bahan- Bahan

1. 5 ulas bawang Putih, 5 biji bawang Merah dan 1 Biji Bawang Besar di potong Bulat
2. ½ Inci Halia
3. 7 Helai daun limau purut
4. 3 Batang Serai
5. 1 bungkus jagung muda
6. kubis bunga
7. 1 batang carrot
8. 2 biji buah tomato
9. 4 biji lada kecil
10. 1 sudu tepung jagung
11. 2 kuib tom yam knor
12. 2 sudu besar sos tiram
13. 1 biji limau nipis
14. ½ kilo ayam segar di potong kecil-kecil

Cara Membuat

1. Bawang putih, bawang merah, halia, serai dan 5 helai daun limau purut dimesin hingga halus.
2. Kemudian tumiskan semua bahan tadi sehingga naik baunya
3. Masukkan 2 kiub tom yam dan kacau.
4. Masukkan 2 sudu sos tiram
5. Masukkan ayam yang telah dipotong
6. Masukkan ½ atau 1 cawan air ( Ikut Suka )
7. Masukkan 1 sudu tepung jagung dan kacau
8. Potong lada kecil secara memanjang dan masukkan ke dalam kuali
9. Masukkan kubis bunga, jagung muda dan carrot, kemudia kacau
10. Masukkan buah tomata dan bawang Besar yang di potong bulat kemudia kacau hingga mendidih
11. Perah 1 biji limau nipis dan kacau
12. Akhir sekali koyakkan 2 helai daun limau purut kemudia masukkan ke dalam kuali
13. Angkat dan hidangkan

Tuesday, December 1, 2009

Daging Masak Sos Stik





Hari ni...time hujan-hujan ni sedap juga masak daging yang bersoskan Stik...Boleh panaskan badan

Resipi Daging Masak Sos Stik

Bahan-Bahan

Setengah Kilo Daging Batang Pinang
Sos Stik
Sos Chili
Sos Tiram
1 inci halia muda
Setengah labu bawang Putih
2 Biji bawang Besar
2 biji buah tomato
1 tangkai daun ketumbar
3 biji chili Merah
1 biji limau nipis
Garam dan gula secukup rasa

Cara Masak

- Ketuk bawang putih hingga hancur
- Potong 1 biji bawang Besar
- Potong nipis halia Muda
- Potong memanjang chili merah
- Panaskan minyak tumis bahan-bahan atas
- bila dah agak panas, masukkan daging, biarkan seketika hingga garing sikit
- Bila daging daj garing, baru kacau dan masukkan sos stik, sos tomato, sos tiram and perah
limau nipis
- masukkan sekali garam and gula secukup rasa
- Masukkan buah tomato
- akhir sekali masukkan daun ketumbar
- simpan 1 tangkai daun ketumbar untuk buat hiasan
- Angkat...bolehlah makan panas-panas.........

P/S : daun ketumbar memang sedap untuk masakan daging, boleh juga digunakan di dalam tomyam, aomanya sungguh menyelerakan. Cuba masak kalau tak percaya.

Pot

Sunday, November 29, 2009

Udang Mentega

Resipi Udang Mentega

Bahan-bahan

8 Ekor udang harimau
5 Sudu besar Mentega
3 biji kuning telur
1 pokok daun bawang - Hiasan
1 batang daud seleri- Hiasan
1 Tangkai daun bawanng-Hiasan

Cara Membuat
- Udang digoreng terlebih dahulu
- panaskan Mentega, masukkan telur dan kacau dengan cepat hingg menjadi berurai cantik
- masukkan udang goreng dan kacau hingga sebati
- Angkat dan masukkan ke dalam pinggang hidan.
-Hiaskan dengan daun bawang, daun seleri dan daung bawang.

Siakap Masam Manis



Saturday, November 28, 2009

Siakap kerabu mangga






Best sangat resipi ni.....keenakan ikan bersama mangga yang masam-masam manis....

Friday, November 27, 2009

Chicken Chop



Sekali Sekala ubah resipi, Nak cuba buat resipi masakan barat Pulak..Anak-anak memang suka makan Chicken Chop ni, Nanti Minggu Depan masukkan resipi....Tak sempat nak taip resipi tu....

Wednesday, November 25, 2009

Resipi Pertama ku - Nasi Tomato

Nasi Tomato

Bahan-bahan

300gm beras wangi ( Elok guna Beras basmati faezah )
3 sudu besar minyak sapi
6 sudu besar
1/3 tin susu cair
3 sudu besar tomato puri
20 gram halia
50 gm bawang besar
50 Gram bawang merah
50 gm bawang outih
6 kntum bunga cengkih
6 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
1 pohon daun saderi
1 helai daun pandan
1 sudu besar serbuk pati ayam
garam secukup rasa
3 sudu besar air mawar
00 ml air

Cara Membuat
  • Bersihkan beras dan toskan airnya
  • panaskan minyak sapi dan majerin
  • Tumiskan bahan-bahan yang telah dimayang beserta bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis sehingga naik baunya
  • masukkan tomato puri, susu cair, garam, serbuk pati ayam dan daun saderi, kacau hingga sebati dan biarkan ia mendidih seketika.
  • Masukkan beras dan biarkan mendidih
  • Apabila nasi hampir kering, masukkan air mawar dan kacau hingga sebati, tutup periuk untuk selama 20 Minit
  • Kacau sekali lagi dan tutupkan semula hingga nasi masak.
P/S : Resipi ini sesuai untuk di masak semasa sambutan hari raya bersama dengan Daging Kurma dan ayam goreng berempah, lagi enak jika ada acar sekali.