Followers

Thursday, July 25, 2013

Resipi Udang Goreng Butter








Resipi Udang Goreng Butter

Bahan-bahan

1. 1/2 Kilo Udang Besar
2. 2 sudu butter
3. 1 labu Bawang besar
4. 4 ulas bawang Putih
5. 3 biji cili padi
6. sedikit halia
7. 1 biji Limau nipis
8. 5 tangkai daun kari

Cara goreng Udang
1. Panaskan minyak, masukkan Butter sampai ciar semuanya
2. Masukkan bawang besar, Bawang putih, cili padi, halia dan tumiskan bahan tersebut
3. masukkan udang kacau goreng sehingga udang menjadi merah dan masak
4. masukkan garam gula secukup rasa
5. masukkan daun kari
6. perah 1 biji liamu nipis dan kacau selama beberapa minit
7. angkat dan letakkan di atas pinggan

bahan untuk butter bersarang

1. 5 biji telur - ambil kuning sahaja
2. panaskan butter....sehingga betul-betul panas
3. masukkan telur kuning yang telah kacau
4. masukkan secara berlahan-lahan dan angkat telur tu tinggi sikit supaya bila telur masuk ke dalam butter tadi secara perlahan dan kacau jangan berhenti sehingga butter tu menjadi kekuningan dan garing
5. angkat dan toskan minyak
6. letakan di atas tisu dapur bungkus seketika
bila minyak dan kering, taburkan butter tadi di atas udang yang telah digoreng