Followers

Tuesday, November 19, 2013

Siakap Bersos Char Kue tew dan Sos Plum

Resipi Siakap Bersos Char kue tew

bana-bahan 

Resipi Ikan Sikap Sos Char Kuew Tew bersama Sos Plum

Bahan-bahan

1 ekor ikan Sikap
2. biji lada Merah
3. Sos Char Kew Tew seperti Dalam gambar atau boleh di beli di Tesco tempat barangan tempatan
4. Sos Plum - ada di semua kedia - Guna Sos Plum Life keluaran Syarikat Bumiputra
5. 1 biji Limau nipis
6. 2 Labu Bawang Besar dan 3 ulas bawang Putih
7. 2 biji tomato di potong dadu
8. 1 biji timun di potong dadu

Cara Buat

1. belah ikan siakap- bersihkan dengan air limau nipis
2. Lumurkan ikan dengan tepung jagung yang dicampur serbuk kunyit dan garam
3. Panaskan minyak..biarkan hingga minyak betul betul panas
4, Goreng ikan hingga garing-angkat dan letakkan di atas dulang
5. Tumis bawang besar, bawang putih hingga wangi, lada merah
6. Masukkan sos char kuew tew dan sos plum kacau masukkan sedikit air dan secubit gula
7. garam tak perlu sebab sos char Kuew tew sudah secukup rasa
8. masukan tomato dan timu yang telah di potong dadu
9. kacau hingga masak
10. angkat dan curahkan di atas ikan tadi
11. Hias sebelum makan dengan daun ketumbar, salad dah ikut kreatif untuk menambahkan lagi perisa Ikan Siakap Sos Char Kuew Tew







Monday, November 4, 2013

Resipi siakap mangga bersos tomyam

Resipi siakap mangga bersos tomyam.....baru siap masak......hujan hujan ni laparlah pulak.......resipi tulis kejap lagi......

Resipi

1. 1 ekor ikan siakap
2. kiub tom yam..ikut sukalah hok mana sedap ( cikgu guna jenama tempatan hok ore melayu buat Sudee tom yam - kat tesco ada )
3. 1 biji mangga
4. 1 biji limau nipis
5. daun limau purut
6, 1 labu bawang besar
7. 5 Biji chili Padi...sapo yg suka pedaslah...kalau tak suka letak 1 biji ok dah
8. 3 ulas bawang putih
9. 1 batang serai

Cara buat

1. bersihkan ikan dengan air limau nipis
2. lumurkan ikan dengan tepung jagung dan serbuk kunyit dan sedikit garam
3. Goreng ikan sehingga garing
4. angkat dan letakkan di atas pinggan hidangan
5. potong bawang besar dan bawang besar, serta chlili padi
6. masukkan minyak tumis semua bawang besar, bawang putih , chili padi 1 batang serai
7. kacau..bila dah wangi masukkan kiub tomyam...kacau...masukkan 1 setengah kelas air
8. kacau hingga masak..masukan sedikit garam dan gula serta brokoli tadi dan limau purut
9. taburkan mangga yang telah di potong halus secara memanjang di atas ikan
10. curahkan sos tomyam tadi di atas ikan
11. Siap boleh makan....kalau ada daun ketumbar lagi sedap sebab ketumbar ni bila masuk dalam kuah tomyam memeng power 





Saturday, November 2, 2013

Ikan Siakap Mangga dan Nanas

Resipi 

Bahan-Bahan 

1. 1 ekor ikan siakap
2. 1 biji mangga
3. Separuh Nanas dalam tin
5. sedikit rempah tomyam
6. 1 Sudu sos Plum
7. 1 biji bawang besar
8. 5 Ulas bawang putih
9. 3 biji cili kecik

Cara Buat
1. Basuh Ikan bersih guna limau nipis untuk hilangkan bau hanyir ikan siakap
2. Lumurkan dengan tepung jagung
3. Panaskan minyak goreng ikan hingga garing
4. bila dah garing angkat dan letakkan di atas pinggang
5. Potong nenas halus-halus secara memanjang
6. Masukkan bawang besar bawang putih dan cili kecil
7. Tumis sehingga naik bau dan masukkan mangga yang telah di potong tadi
8. kacau kemudian masukkan nanas dalam tin..ambil sedikit sahaja airnya
9. masukkan garam gula secukup rasa
10. Bila masak curahkan di atas ikan siakap yang telah digoreng tadi
11. Jika nak lagi sedap taburkan daun ketumbar atas ikan...

Selamat mencuba.....Resipi lain di