Followers

Saturday, August 13, 2011

Resipi Sayur : Sawi Jepun goreng bersama dengan Udang











Sawi Jepun ni memang sedap jika digoreng bersama dengan udang segar atau sotong segar. hari ni rasa nak masak sayur sawi jepun dengan udang.

Resipi : Sawi Jepun Goreng Udang Bersos Tiram

Bahan-Bahan

1. Sawi Jepun Anggaran 1 Ikat atau 2 Ikat
2. 15 Ekor Udang Sederhana
3. 4 biji bawang merah
4. 2 biji lada merah
4. 1 biji bawang Besar
5. 5 biji bawang Putih
6. 2 sudu sos Tiram
7. 1 biji Limau Nipis
8. Garam gula secukup rasa

Cara Buat

1. Sawi asingkan dari Tangkai dan tak perlu dipotong ( Stail Hotel-Hotel )
2. Tumiskan Bawang Merah, Bawang Besar dan Bawang Putih lada Merah
3. Masukan udang yang telah dibuang kulit
4. Kacau hingga udang masak
5. Masukkan Sawi ( letakkan bahagian batang dahulu untuk melembutkannya baru kacau rata )
6. Masukkan Sos Tiram dan Garam secukup rasa
7. Perahkan 1 biji Limau Nipis kacau sekejap
8. Angkat dan boleh dimakan semasa berbuka puasa nanti

No comments:

Post a Comment