Followers

Friday, January 24, 2014

Resipi Itik Serati Gulai Kerutuk







































Resipi Itik Serati Gulai Kerutuk
Bahan-Bahan
1.       1 Ekor Itik Serati – Masak separuh sebab daging itik serati ni besar
2.       5 ulas Bawang Putih, 2 labu bawang besar kuning
3.       Setengah Inci Halia
4.       1 Ketul Lengkuas
5.       Rempah Penumis ( kulit kayu manis, bunga lawing, cengkih ) atau beli je kat kedai runcit
6.       2 Bungkus serebuk Kerutuk Adabi atau lain-lain jenama
7.       Kerisik
8.       5 Batang Serai
9.       Sedikit serbuk Ketumbar – 1 sudu kecil
10.   Santan – beli kat kedai RM2.00
11.   2 kepin asam gelugur
Cara Memasak
1.       Proses itik kat kedai proses ayam  - kalau buat sendiri pun boleh juga..senang hantar proses.
2.       Potong itik beberapa bahagian- ikut suka besar atau kecil
3.       Blander  Bawang putih, 1 labu bawang Besar, dan Halia
4.       Tumis bahan yang telah diblander dengan lengkuas dan serai yang telah diketuk  dan juga rempah  menumis
5.       Masukkan serbuk rempah adabi di dalam mangkuk- masukkan air panas dan kacau hingga semua serbuk kerutuk larut di dalam mangkuk
6.       Masukkan ke dalam kuali atau periuk menumis tadi kacau hingga aroma tumisan menjadi wangi
7.       Masukkan  Itik Serati yang telah dibersihkan ke dalam periuk, kacau hingga sebati dan jangan lupa masukan 2 atau 3 sudu besi untuk mempercepatkan proses melembutkan daging serati, daging serati ni kalau dimasak secara biasa..isinya akan menjadi keras.  Habis gas pun tak masak lagi…
8.       Letak sudu tu dicelah-celah daging itik serati tersebut…kemudia kacau hingga mendidih
9.       Selepas mendidih dan daging itik serati tadi lembut masukkan santan dan kacau hingga mendidih
10.   Masukkan garam gula secukup rasa
11.   Masukkan 5 sudu kerisik
12.   Last sekali masukkan asam keeping dan kacau biarkan hingga mendidih dan masak
Petua : jangan Lupa Masukan 2 atau 3 batang sudu bersama-sama dengan itik serati tadi kalau tak tak lambatlah masak…habis gas kat dapur nanti…kalau ikut teori sains memang betul lah sebab sudu tu besi dan panas,,jadi kalau kena dan bersentuhan dengan daging itik tadi cepatlah masak
Ok ; Selamat Mencuba….daripada makan kat kedai baik cuba buat sendiri untuk jaminan kebersihan dan tanpa Ajinomoto….( tak elok untuk kesihatan ) Resipi turun temurun dan ciptaan seendiri daripada Cikgu Zamri Talib. Lain lain resipi dapatkan di (resipicikgusejarah.blogspot.com)