Followers

Monday, January 23, 2012

Resipi Buat Roti/Doh Pizza











Resipi Doh atau Roti Pizza dan Inti Pizza







Seperti yang dijanjikan hari ini cikgusejarah nak kongsi cara untuk membuat roti atau Doh Pizza sendiri tanpa membeli roti yg dah siap atau guna Flexi yg dah siap. Kos utk Buat Doh Pizza ni murah sekali:

Bahan-bahan Untuk Buat Doh/Roti Pizza

1. 1 Kilo Gandum - Jenama ikut suka..yg banyak dipasaran cap sauh dan cap Kunci beli je yang mana satu harganya RM1.80 sahaja
2. 1 bungkus Yis segera - disini cikgu sejarah gunakan Yis cap Kijang
3. 3 Sudu majerin atau Butter
4. Garam dan gula anggaran 1 sudu garam dan 2 sudu gula
5.Air Suam

Cara Buat Doh

1. Larutkan garam dan gula bersama majerin atau butter di dalam air suam
2. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit
3. Uli bahan tersebut sehingga sebati
4. masukkan 1 bungkus Yis segera cap kijang
5. Uli lagi doh tersebut sehingga betul-betul lembut dan tak melekat ditangan
6. Apabila doh roti dan sebati dan tak melekat ditangan, uli doh tersebut sebesar penumpuk
7. Utk 1 Kilo tepung beras boleh hasilkan 4 atau lima doh sebesar penumbuk
8. letakkan di dalam 1 bekas dan biarkan selama 40 Minit utk doh tersebut menjadi kembang
9. Tutup Doh tersbut dengan kain.
10. Doh Yang mengembang dan sesuai utk pizza seperti gambar di bawah ;

Bahan- bahan untuk Pizza

1. sosej ayam atau daging - lagi sedap yg mempunyai perisa Cheese
2. Daging kisar
3. 1 biji Bawang Besar
4. 1 biji Lada bengala Hijau
5. Majerin
6. Butter
7. Pizza toping
8. Mozarella
9. Nanas dalam tin
10. 2 biji tomato
11. Sos chili
Cara buat

1. Keluarkan roti atau doh yang telah dibiarkan selama 40 minit
2. Bulatkan doh menjadi bulat seperti mana Pizza Hut Kedai- Boleh juga dibuat dalam bentuk 4 segi
3. Tikamkan sudu garpu di atas Doh Pizza
4. Sapukan majerin dikeseluruhan doh pizza
5. masukkan bahan-bahan seperti sosej ayam, bawang, nanas lada bengala dan tomato yang
telah dipotong dadu kecil-kecil - seratakan semuah bahan sehingga menutupi doh pizza
6. Taburkan Pizza toping dan mozarella di atas doh roti secara keseluruhan
7. parutkan Butter di atas Pizza
8. akhir sekali curahkan sos chili - mengikut rasa yg dikehendaki
9. bakar di dalam ketuhar pembakar selama 30 Minit dengan menggunakan conversation
10. Akhir sekali bakar pula selama 5 minit di dalam ketuhar dengan menekan Pizza
11. Angkat dan potong......akhir sekali makanlah........memang sedap

1 comment: