Followers

Sunday, January 22, 2012

Resipi Pizza Guna Felix Pastry jenama Kawan











Flexi Pastry Kawan : boleh juga dijadikan sebagai bahan selain dari Roti Pizza..
Flexi pastry ni mudah kerana ia sudah dijual di kebanyakan supermarket, dekat Mydin, Tesco dan Giant ada menjual Roti tersebut
Contoh Gambar Flexi tersebut


Bahan-Bahan Untuk Buat Pizza Flexi :


Bahan-bahan utama

1. Flexi Pastry berjenama Kawan
2. Majerin
3. Pizza topping
4. Mozarella
5. Cendawan dalam Tin
6. Nanas Dalam Tin
7.Sosej Ayam
8. Daging Kisar
9. 1 Biji Bawang Besar
10. 1 Biji Lada Benggala Hijau
11. Sos Chili
12. Sos Tomato atau 1 biji Tomato
1 Biji Telor Kuning

Cara Buat

1. Nyahbeku Flexi
2. Letakkan di dalam Dulang Pembakar
3. Potong 1keping Flexi secara memanjam lebih kurang 2 cm untuk buat border pada
empat penjuru Pizza supaya bahan-bahan inti tidak meleleh keluar seperti gambar di bawah :



4. Saburkan majerin di atas Pizza flexi
5. Taburkan Sosej Ayam di atas Pizza Flexi Pastry tersebut
6. Taburkan sedikit Daging Kisar
7. Letakan 5 sudu cendawan Tin di atas Pizza
8. Potong Halus bawang kemudian taburkan di serata Flexi tersebut
9. Potong halus nanas tin dan taburkan di atas Flexi
10.Potong Dadu lada bengala dan letakkan dikeseluruhan Flexi pastry
11. Sapukan sedikit Sos Cili dan sos tomato atai potong halus tomato
12. Akhir Sekali taburkan Pizza Topping dan Mozarella di seluruh Pastry dan menutup semua intinya
13. Last sekali untuk mendapat warna kekuningan sapu telur kuning di bahagian tepi pizza yg kita jadikan garisan supaya inti pizza tidak meleleh keluar.
14. Masukkan ke dalam Ketuhar pembakar, gunakan conversation selama 30 Minit dengap kepanasan 160 darjah
15. kemudian bakar Pizza guna Pizza hut selama 10 minit.
16. Akhirnya siapa...boleh dipotong dan makan panas-panas...Memang Sedap

P/S : Nanti Minggu Depan kalau ada masa free cikgusejarah akan masukan resipi buat roti utk Pizza Pula : Tunggu tau
Seronok memasak menggunakan Flexi Pastry ni macam-macam kita boleh buat asalkan ada idea...Inti Pizza tu juga boleh kita perbagaikan, utk sebungkus Flexi tu mengandungi 5 keping,,,kita boleh buat 3 atau 4 roti Pizza... Utk Resipi ni cikgusejarah buat 3 keping roti pizza yang berlainan inti....kena buat tiga keping....anak ramai..buat 1 tak cukup.....Selamat mencuba.
8.

No comments:

Post a Comment