Followers

Sunday, December 4, 2011

Sotong Goreng Butter








Sotong Goreng Butter

Bahan-Bahan

1/2 Kilo Sotong segar
1 paket tepung tempura atau tepung goreng adabi
5 Biji Telur ( Asingkan Telur putih dan Kuning )
5 Sudu Majerin/ Butter

Cara Buat
1. Potong Sotong secara bulat atau memanjang
2. Masukkan sotong tadi ke dalam telur putih
4. kemudian celupkan ke dalam tepung tempura
5. Goreng hingga garing/ranggup
6. Angkat dan letakkan di atas dulang

Cara Buat Butter

1. Ambil Telur Kuning Sahaja
2. Masukkan sedikit air dan kacau
3. Panaskan 5 sudu mentega
4. bila kuali dah panas masukan secara perlahan-lahan telur kuning yg telah dikacau
5. Kacau secara perlahan-lahan untuk dapatkan telur yg terurai halus
6. Goreng hingga kekuningan dan garing
7. angkat dan tapiskan telur tadi
8. Taburkan di atas sotong yg telah digoreng tadi.
9. Hiaskan mengikut kreativiti anda....Selamat mencuba


No comments:

Post a Comment