Resipi : Ikan Kerapu 3 Rasa bersos Tom Yam
Hari ni....pergi ke pantai beli ikan ngan rozi...dapatlah seekor Ikan Kerapu 1 Kilo lebih, ikan segar pantai sabak..Murah je dalam 17 Ringgit seekor, kalau kat Pasar gerenti RM 30.oo lebih...Fikir punya pikir nak masak apa ikan kerapu ni....Wife belum pernah makan ikan kerapu ni...kena masak hok paling sedap ni untuk Wife.....Terpikirlah nak campur Ikan Kerapu Tiga Rasa ni ngan Tm Yam...sebab wife dan anak-anak suka makan Tom Yam maka jadilah : Resipi Kerapu 3 rasa bersos Tom yam
Bahan-bahan
1. 1 ekor ikan kerapu
2. 2 biji bawang Besar dipotong dadu, Bawang Merah di potong Nipis2 dan 4 biji lada besar yang berwarna Merah.
3. 1 paket Tom Yam Adabi
4. Nenas dalam Tin
5. 1 batang Carot, 2 biji Tomat, 1 batang mentimun - semuanya dipotong Dadu
6. 2 helai daun limau purut dan 1 tangkai daun ketumbar
7. Sos chili, tomato dan sos tiram
8. Garam gula secukup rasa
Cara Buat/Masak
1. Bersih ikan- lumur dengan limau nipis untuk menghilang bau hanyir
2. Lumurkan dengan sedikit garam kunyit
3. Goreng ikan hingga garing- angkat dan letakkan di atas dulang
Cara masak Sos
1. Tumiskan bawang Besar, bawang Merah dan lada besar yang telah dipotong dadu
2. masukan 1 paket tom yam adabi
3. Tumis sehingga wangi
4. masukkan 1 cawan atau lebih air
5. Masukkan sos chlili, sos tomato dan sos tiram anggaran dua sudu
6. Masukan Nanas dalam Tin bersama sedikit airnya
7. Masukan carot, mentimun dan tomato yang dipotong dadu tadi
8. masukan garam, tak perlu gula kerana nanas dalam tin manis dan masam
9. angkat dan curahkan di atas ikan.
10. siap dan boleh dimakan untuk berbuka puasa.....
No comments:
Post a Comment