Hari ni Cuti dok kat rumah, masak Resipi ni Sedap juga....Resipi ni pakai reka sendiri je...simple je...senang buat, tak sampai 5 minit,....tapi makan Sedap sangat...tak caya cubalah.....
Bahan-bahan
1. 1 ekor Ikan siakap Segar
2. Bawang Putih - Ketuk boleh/mayang boleh - ikut sukalah
3. Sos Plum - kat Supermarket banyak jual
4. Sos Tomato
5. sos Cili
6. 2 Timun Batang -Potong dadu - buang bahagian tengah
7. 2 biji buah Tomato - Potong dadu
8. Garam gula secukup rasa
9. daun Ketumbar - utk aromanya
10. 2 biji lada merah/hijau
Cara Buat
1. Bersihkan ikan dengan limau nipis,
2. Goreng ikan bersama garam kunyit
3, angkat dan ketepikan
4. tumiskan bawang putih dan bawang Besar
5. Masukkan sos Plum, sos Tomato dan sos Cili sebanyak 2 sudu
6. Masukkan sedikit air
7. Kacau hingga Pekat
8. Masukkan garam Gula secukup Rasa
9. Masukkan timun batang dan tomato yang telah dipotong dadu
10. Kacau hingga mendidih
11. Angkat dan curahkan ke atas ikan yang telah digoreng tadi
12. Letakkan daun ketumbar
13. Boleh dihidangkan dengan nasi putih......Selamat Menjamu Selera....
*** Resipi ni memang ringkas dan senang buat/ boleh ubah bahan ikut selera- boleh juga letakkan nanas Kuib.....
No comments:
Post a Comment