hari ini cikgusejarah nak masak Ikan Siakap lagi.....Ikan Siakap ni memang Sedap....lagipun kat Pasaraya Nirwana Kubang Kerian, harga ikan Siakap memang murah RM10.99 sahaja sekilo...bolehlah makan ikan siakap setiap minggu dan buat resipi yg pelbagai
Resipi Ikan Siakap Sos Plum
Bahan-bahan
1 ekor ikan siakap besar
Sos Plum
1 labu bawang putih
2 biji bawang besar dipotong dadu
1 Tin nenas dalam tin
1 tangkai daun ketumbar
3 biji cili padi
garam, gula secukup rasa
Cara Masak
1. Lumurkan garam kunyit pada ikan
2. Goreng ikan hingga garing ( untuk elakkan ikan melekat dikuali ) masukkan 2 keping asam geluggur semasa memanaskan minyak )
3. Bila Ikan dah garing, angkat dan letakkan di diatas pinggan
4. Tumis bawang putih, bawang merah dan bawang besar,
5. Masukkan air, sos plum dan nenas
6. kacau, dan masukkan garam dan gula secukup rasa
7. Akhir Sekali masukkan daun ketumbar
8. Angkat dan curahkan di atas ikan siakap tadi.
9.Selesai....boleh makan dengan seenakkanya........buat sendiri jimat kos jika makan di kedia..harga dekat RM35.00.....