Followers

Sunday, August 7, 2011

Menu Berbuka Puasa











1. 1.Rendang ayam Kampung
2. Tempoyak Asam pedas Ikan kerisi
3. Sambal Pauh
4. Sawi Jepun bersos tiram

Resipi Pertama : Rendang Ayam Kampung

Bahan-bahan

1. 1 ekor ayam kampung
2. 3 biji bawang Merah, 5 Biji bawang Putih, 1 labu bawang Besar
3. setengah inci Halia dan kunyit , setengah inci lengkuas, 4 batang Serai di Ketuk
4. 1 paket rempah rendang Adabi
5. Dua Ringgit Santan
6. Segengam kelapa parut untuk di buat kerisik ( beli yang dah siap pun boleh )
7. Air asam jawa
8. garam dan gula secukup rasa
9. 4 biji cili padi hijau
10. 4 helai daun kunyit muda

Cara Buat
1. blender bawang putih, bawang besar, bawang merah, halia dan lengkuas dan chili padi
2. Tumiskan bahan-bahan yang diblander sampai wangi
3. masukkan serai yang telah diketuk
4. masukkan 1 paket rempah rendang adabi/ atau mak siti
5. masukkan seikit air kacau
6. masukkan ayam kampung
7. masukkan santan- kacau - masukkan juga garam gula secukup rasa
8. kecilkan api......biar sehingga kuah menjadi pekat- sekali sekala kacau
9. masukkan air asam jawa/ Air Limau Nipis pun boleh
10. masukkan kerisik, kacau
11. biarkan kuah menjadi pekat
12. last sekali masukkan daun kunyit yang telah dipotong nipis - kacau
13. bila kuah dah menjadi pekat- tandanya rendang dah masak.

Resipi Kedua : Sambal Pauh

Bahan-Bahan

1. 6 biji buah pauh/ mempelam muda
2. 4 ekor ikan selayang
3. 3 biji cili padi berwarna merah
5. Bawang Merah




2 comments:

  1. wah sedap nya cikgu...
    tempoyak tu yg best he..he...

    ReplyDelete
  2. Sedap tu tempoyak.....kalau kat Sebelah Kuala Krai---Ikan patin sedap sangat di masak jika masukkan daun pepijat ( sejenis daun seakan-akan kunyit yang mempunyai bau seperti daun ketumbar )Kalau tak ade daun tu....ta sedap makan ikan patin......

    ReplyDelete