Followers

Saturday, July 24, 2010

Sawi Jepun bersama Daging

Lauk sampingan tidak oleh ditinggalkan untuk menambahkan menu kita, Hari ni cikgusejarah nak masak lauk sampingan sawi jepun bersama dengan daging ;

Bahan-bahan
1. 2 Ikat sawi Jepun yang banyak dijual di Supermarket dan pasar
2. Daging batang Pinang
3. bawang Putih
4. bawang Besar
5. 1 Biji Limau Nipis
6. Sos Tiram

Cara Masak

1. Bersihkan Sawi jepun ( jangan dipotong )
2. Hiris daging nipis-nipis ( Ikut Suka berapa banyak )
3. Tumis Bawang Putih dan Bawang Besar
4. masukkan daging yg dihiris nipis-nipis
5. Kacau sehingga daging masak
6. Masukkan sedikit air dan dua sudu Sos tiram
7. Masukkan garam dan Gula secukup rasa
8. Perahkan 1 biji limau Nipis
9. Akhir sekali masukkan sawi jepun yang dibersihkan
10. Kacau sekejap
11. Angkat dan hidangkan...



Resipi Ikan Siakap daun kadok





hari ini hujung minggu, bercuti bersama keluarga cikgusejarah nak masak Ikan Siakap bersos tomato dengan daud kadok, aroma daun kadok amat menyelerakan. Biasanya daun kadok ini digunakan dalam masakan Siput atau ikan darat, tapi sekali sekala, kita ubah resipi kita gunakan utt hiasan ikan siakap bersos tomato, aroma yang dikeluargakan oleh daud kadok amat meyelerakan sekali, daun kadok hanya digunakan utk diletakkan dibawah ikan sahaja. tapi sudah cukup untuk menjadikan resipi kita lain sikit.

Resipi Ikan Siakap bersos Tomato bersama Daun kadok

Bahan-bahah

1. 1 ekor ikan Siakap ( Bersih, lumur dengan tepung beras, basuh dan goreng, angkat dan asingkan )
2. Sos tomato
3. Sos Cili
4. Limau Nipis
5. Bawang Putih dan Bawang Besar
6. Garam gula secukup rasa
7. 10 Helai daun kadok ( Diletakkan di dalam dulang )-
8. 2 Biji Tomato
9. setengah biji lada bengala

Cara Membuat

1. Goreng ikan hingga garing,
2. Angkat dan letakkan di atas dulang Ikan yang telah diletakkan daud Kadok
3. Tumiskan bawang putih, bawang Besar,
4. masukkan Sos Tomato dan Sos Cili
5. masukkan sedikit air, kacau hingga mendidih
6. Perahkan 1 biji limau nipis
7. masukkan tomato dan lada bengala
8. Biarkan seketika
9. Angkat dan curahkan di atas ikan Siakap yang berlapitkan Daun kadok
10. Siap boleh makan panas-panas,..

: Daun Kadok boleh dimakan bersama-sama ikan siakap, ia baik untuk kesihatan, boleh melancarkan perjalanan darah anda,...makan sambil menyihatkan badan anda...