Followers

Sunday, July 31, 2011

Resipi Daging Panggang Black Papper Bersos Stik














Resipi terbaru hari ni....." Daging Panggang Black papper bersos Stik " Untuk memasaknya tak perlu masa yang lama, senang ringkas dan yang paling penting sedap untuk dimakan semasa sahur atau berbuka puasa

Bahan- Bahan

1. 1 Kilo daging batang Pinang ( ore kelate panggil Daging Musse ) Bahagian yang paling lembut dan sesuai utk Panggang atau Stik
2. 5 Ulas Bawang Putih di ketuk
3. 1 biji Bawang besar di potong dadu
4. Sos Lada Hitam - Seperti dalam gambar
5. Serbuk Black Paper- seperti dalam gambar
6. Sos Stik- seperti dalam gambar

Cara- Cara Memasak

1. Potong Daging Nipis-nipis anggarkan sebesar tapak tangan
2. Ketuk melintang daging tersebut dengan pisau
3. perap daging tersebut bersama-sama dengan sos lada hitam, serbuk black papper dan sos stik
4. Perap lebih kurang 1 jam, taburkan bawang putih yang dah di ketuk bersama bawang Besar yang dipotong dadu
5. Masukkan ke dalam Ketuhar Microwave
6. tekan butang Grill dan setkan lebih kurang 45 minit
7. Angkat dan potong nipis-nipis letakkan di atas pinggang
8. picitkan sos stik di atas daging tadi

Siap dan boleh dimakan......Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan Selamat berpuasa untuk Semua umat islam diseluruh dunia.

No comments:

Post a Comment