Tuesday, February 12, 2013


Belut Masak Paprik


Bahan-bahan

5 ekor belut
5 biji chili padi
1 sudu sos kicap, sos tomato, sos tiram dan sos Chili
1 sudu rempah paprika
4 keping daun limau purut
1 biji bawang besar holland
5 biji bawang putih
1 biji limau nipis
2 batang serai
1 ikat kacang panjang
bunga kobis dalam RM 2.00

Cara

1. bersihkan belut dengan daun limau purut serta ais asam, rendam sekejap bagi menghilangkan hanyir belut tersebut
2. potong bawang besar, bawang putih dan Serai diketuk )
3. tumiskan bawang besar dan bawang putih, serai
4, masukkan belut, kacau goreng sekejap
5. masukkan sedikit air
6. masukkan sos tomato, sos chili, sos tiram dan sos kicap 1 sudu dan kacau
7. masukkan 1 sudu rempah paprika
8. carik-carikan daun limau purut dan masukan di dalam kuali- kacau goreng
9. masukkan sayur-sayur ikut suka..kacang panjang, bonga kobis, carot atau jagung muda ikut suka, kacau
10. akhir sekali perahkan 1 biji limau nipis.
11. kacau dan angkat...
12. boleh dihidangkan dengan nasi panas.

No comments:

Post a Comment