Tuesday, April 19, 2011

Ketam Bunga Ala Nasi Berlauk.....


Hari ni gi pa,ta....nok beli ike segar kat kalan ikan sabak, tengok ada ketam pulok.....hu lamo do tokmake ketam segar ni.....beli selalu...ketam tu hidup-hidup lagi.......Sedapnya make....Balik tanya wife dia nok make ketam tu lagu mana.....Dia kata dek kalu gulai serupa ngan gulai nasi berlauk pagi.....( Gulai Kuning lah tu )

Bahan-Bahan

1. Empat Ekor Ketam Bunga....pilih yg berat...isinya padat
2. Bawang Putih Bawang Merah dan Bawang Besar
3. Cili Padi
4. 1 Ketul lengkuas
5. Santan
6. 2 keping asam gelogur
7. 3 batang serai
8. garam gula secukup rasa
9. Kunyit Hidup

Cara Buat

1. Bersihkan Ketam, bersihkan cengkerang ( nak buang pun tak apo )
2. Blender bawang putih dan bawang Merah dan kunyit
3. Masukan santan ke dalam periuk,
4. Masukkan Lengkuas yang telah diketuk
4. masukkan bahan yg telah diblender
5. Kacau, masukkan sedikt air
6. Masukkan Ketam dan kacau
7. masukkan asam gelogur
8. Masukkan serai
9. teruskan kacau hingga mendidih
10. Akhir sekali masukkan garam gula secukup rasa....kacau jangan biarkan santan berketul
11. Kacau hingga kuah menjadi pekat sikit...akhir sekali masukan bawang besar yg telah dipotong bulat.
12. Kacau, angkat dan boleh di makan...Resipi yang mudah senang dan ringkas, semua orang boleh buat....ketam segar yang baru naik kat pantai memang sedap..isinya manis.
Selamat mencuba


No comments:

Post a Comment