Sunday, November 29, 2009

Udang Mentega

Resipi Udang Mentega

Bahan-bahan

8 Ekor udang harimau
5 Sudu besar Mentega
3 biji kuning telur
1 pokok daun bawang - Hiasan
1 batang daud seleri- Hiasan
1 Tangkai daun bawanng-Hiasan

Cara Membuat
- Udang digoreng terlebih dahulu
- panaskan Mentega, masukkan telur dan kacau dengan cepat hingg menjadi berurai cantik
- masukkan udang goreng dan kacau hingga sebati
- Angkat dan masukkan ke dalam pinggang hidan.
-Hiaskan dengan daun bawang, daun seleri dan daung bawang.

Saturday, November 28, 2009

Siakap kerabu mangga






Best sangat resipi ni.....keenakan ikan bersama mangga yang masam-masam manis....

Friday, November 27, 2009

Chicken Chop



Sekali Sekala ubah resipi, Nak cuba buat resipi masakan barat Pulak..Anak-anak memang suka makan Chicken Chop ni, Nanti Minggu Depan masukkan resipi....Tak sempat nak taip resipi tu....

Wednesday, November 25, 2009

Resipi Pertama ku - Nasi Tomato

Nasi Tomato

Bahan-bahan

300gm beras wangi ( Elok guna Beras basmati faezah )
3 sudu besar minyak sapi
6 sudu besar
1/3 tin susu cair
3 sudu besar tomato puri
20 gram halia
50 gm bawang besar
50 Gram bawang merah
50 gm bawang outih
6 kntum bunga cengkih
6 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
1 pohon daun saderi
1 helai daun pandan
1 sudu besar serbuk pati ayam
garam secukup rasa
3 sudu besar air mawar
00 ml air

Cara Membuat
  • Bersihkan beras dan toskan airnya
  • panaskan minyak sapi dan majerin
  • Tumiskan bahan-bahan yang telah dimayang beserta bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis sehingga naik baunya
  • masukkan tomato puri, susu cair, garam, serbuk pati ayam dan daun saderi, kacau hingga sebati dan biarkan ia mendidih seketika.
  • Masukkan beras dan biarkan mendidih
  • Apabila nasi hampir kering, masukkan air mawar dan kacau hingga sebati, tutup periuk untuk selama 20 Minit
  • Kacau sekali lagi dan tutupkan semula hingga nasi masak.
P/S : Resipi ini sesuai untuk di masak semasa sambutan hari raya bersama dengan Daging Kurma dan ayam goreng berempah, lagi enak jika ada acar sekali.