Followers

Saturday, August 27, 2011

Nasi Ayam Hailam











Resipi Nasi Ayam hailam

Bahan- Bahan untuk Ayam

1. Kicap Cair
2. Kicap Pekat
3. Sos Tiram
4. Halia
5. bawang Putih
6. Stock Ayam
7. 1 Ekor Ayam

Cara-Cara
1. Potong Ayam kepada Empat Bahagian dan letakan di dalam periuk.
2. Blender Halia dan Bawang Putih - Masukkan ke dalam periuk bersama ayam
3. Masukkan stok ayam
4. masukkan Kicap pekat, Kicap cair dan Sos Tiram- gaulkan rata-rata
5. Perah lebih kurang 4 Jam
6. Selepas 4 jam, tambahkan air didalam periuk ayam yang diperap tadi, rebus bahan perapan tersebut
7. Angkat Ayam dan toskan ayam tersebut.
8. Goreng ayam hingga garing- untuk menambahkan keenakan ayam, sapu ayam dengan minyak bijan, baru goreng...

Bahan untuk Nasi

1.



Monday, August 15, 2011

Resipi : Karabu Sotong Berperisa Mangga











Resipi Kerabu Sotong Berperisa Mangga

Bahan-Bahan

1. Dua Ekor Sotong Segar
2. 5 Biji Mangga/pauh
3. 3 batang kacang Panjang
4. 5 Biji Limau Kasturi

Sunday, August 14, 2011

Resipi : Tom Yam Berkrim Susu Cair











Tom Yam memang masakan yang paling digemari ramai, untuk memasak tom yam memang mudah..boleh gunakan pes yang dijual disupermarket atau membuat pes sendiri. membuat pes tomyam sendiri lagi sedap dan bebas daripada bahan Kimia

Cara Untuk membuat Pes Tom Yam sendiri

Bahan-bahan:
3 s/b cili kering kisar
1 s/b udang kering dikisar
1 s/b belacan

1 s/b asam jawa dibancuh dengan sedikit air
5 ulas bawang putih dikisar
10 ulas bawang merah dikisar
10 Tangkai Daun Limau Purut
6 batang Serai
1 s/b gula
garam
2 s/b jus limau nipis
Minyak untuk menggoreng

Cara membuat:
1. Campurankan cili kering, asam jawa dan perahan limau nipis.
2. Tumis bawang putih dan bawang merah, Daun Limau Purut dan Serai yang di Blender halus hingga naik bau
3. Masukkan udang kering dan belacan. Goreng hingga kekuningan.
4. Masukkan campuran cili kering tadi dan diikuti dengan garam dan gula.
5. Goreng hingga pecah minyak dan tidak terlalu garing.

Simpan di dalam peti sejuk bil diperlukn boleh ambil untuk memasakn resipi Tom Yam

Resipi Tom Yam Hari ini : Tom Yam Berkrim Susu Cair

Bahan-Bahan
1. 3 ekor sotong
2. 8 ekor Udang sederhana besar
3. 10 biji bebola ayam atau ikan
4. 3 biji Cili Merah
5. 3 sudu besar susu cair
6. 1 biji bawang Besar, 6 biji bawang putih - Bawang Potong /Belah Empat. Bawang Putih di ketuk dengan pisau
7. 5 Batang Serai
8. 4 helai Daun Limau purut
9. 1 1/2 biji Limau nipis diambil airnya
10. 1 Tangkai daun ketumbar
11. 1 batang carot dan Kubis Bunga
12. 2 biji Tomato

Cara masak

1. Masukkan air
2. masukkan pes tomyam
3. masukkan bawang putih, bawang Besar, Serai dan Cili Padi
4, kacau biarkan sebentar
5. Masukkan Carot dan Kubis Bunga
6. Masukkan udang, sotong dab dan bebola ayam/ikan
7. Perahkan asam limau Nipis
8. masukkan garam gula secukup rasa- kacau
9. Masukkan susu cair - kacau hingga mendidih
10. Masukkan daun limau purut dan daun ketumbar
11. Bila mendidih angkat......dah boleh dimakan
:Daun Ketumbar menyedapkan lagi rasa tomyam......



Saturday, August 13, 2011

Resipi Sayur : Sawi Jepun goreng bersama dengan Udang











Sawi Jepun ni memang sedap jika digoreng bersama dengan udang segar atau sotong segar. hari ni rasa nak masak sayur sawi jepun dengan udang.

Resipi : Sawi Jepun Goreng Udang Bersos Tiram

Bahan-Bahan

1. Sawi Jepun Anggaran 1 Ikat atau 2 Ikat
2. 15 Ekor Udang Sederhana
3. 4 biji bawang merah
4. 2 biji lada merah
4. 1 biji bawang Besar
5. 5 biji bawang Putih
6. 2 sudu sos Tiram
7. 1 biji Limau Nipis
8. Garam gula secukup rasa

Cara Buat

1. Sawi asingkan dari Tangkai dan tak perlu dipotong ( Stail Hotel-Hotel )
2. Tumiskan Bawang Merah, Bawang Besar dan Bawang Putih lada Merah
3. Masukan udang yang telah dibuang kulit
4. Kacau hingga udang masak
5. Masukkan Sawi ( letakkan bahagian batang dahulu untuk melembutkannya baru kacau rata )
6. Masukkan Sos Tiram dan Garam secukup rasa
7. Perahkan 1 biji Limau Nipis kacau sekejap
8. Angkat dan boleh dimakan semasa berbuka puasa nanti

Resipi Ikan tongkol/ Ikan Ayae Kelantan










Hari ni...Kat pantai Sabak, banyak Ikan Tongkol, dua tiga hari lepas hanya ikan kerusi dan Ikan kembung Sahaja....Ikan Kembung Hanya RM10.00 je Sekilo...Ikan memang Fresh dan segar kerana baru naik ke darat oleh nelayan pantai sabak yg keluar setiap hari....Ikan memang segar dan Fresh....kalu make ikae Sabak, memang tok sir make doh ikae tempat lain.....Hari ni beli Ikan Tongkol atau Ikan Ayae....Ikan memang segar dan Murah...payoh doh nok dapat tempat lain.

Hari ni rasa nak masok Resipi Ikan Tongkol/ Ayae Kari. -

Bahan-Bahan
1. 1 Kilo Ikan Tongkol atau Ikan Ayae
2. Santan - RM 2.00
3. 2 paket Rempah Kari Ikan Alagapas/ Mak Siti
4. 3 Biji Bawang merah, 1 biji Bawang Besar dan 1 labu bawang Putih
5. 1 inci Halia
6. 2 keping Asam keping
7. Garam gula secukup Rasa
8. 3 Tangkai Daun Kari
9. 2 sudu cili Giling

Cara Masak

1. Rebus Ikan Tongkol dengan 10 Keping Asam dan segengam garam Kasar
2. Tumis Bawang merah, Bawang Putih dan Halia yg telah diBlender halus
3. Masukkan Cili Giling
4. Masukkan Rempah Kari - Kacau
5. masukkan Santan kacau hingga mendidih
6. Masukkan Ikan tongkol yg telah direbus
7. Masukkan garam gula secukup rasa
8. Masukkan asam keping
9. Kacau perlahan-lahan hingga mendidih
10. Akhir sekali masukkan Bawang Besar yang dipotong bulat bersama-sama dengan 3 tangkai daun kari. - kacau hingga masak.
11. Angkat- sedia untuk di makan bersama nasi putih atau nasi dagang......

Tuesday, August 9, 2011

Resipi : Ikan Kerapu 3 Rasa bersos Tom Yam








Resipi : Ikan Kerapu 3 Rasa bersos Tom Yam

Hari ni....pergi ke pantai beli ikan ngan rozi...dapatlah seekor Ikan Kerapu 1 Kilo lebih, ikan segar pantai sabak..Murah je dalam 17 Ringgit seekor, kalau kat Pasar gerenti RM 30.oo lebih...Fikir punya pikir nak masak apa ikan kerapu ni....Wife belum pernah makan ikan kerapu ni...kena masak hok paling sedap ni untuk Wife.....Terpikirlah nak campur Ikan Kerapu Tiga Rasa ni ngan Tm Yam...sebab wife dan anak-anak suka makan Tom Yam maka jadilah : Resipi Kerapu 3 rasa bersos Tom yam

Bahan-bahan

1. 1 ekor ikan kerapu
2. 2 biji bawang Besar dipotong dadu, Bawang Merah di potong Nipis2 dan 4 biji lada besar yang berwarna Merah.
3. 1 paket Tom Yam Adabi
4. Nenas dalam Tin
5. 1 batang Carot, 2 biji Tomat, 1 batang mentimun - semuanya dipotong Dadu
6. 2 helai daun limau purut dan 1 tangkai daun ketumbar
7. Sos chili, tomato dan sos tiram
8. Garam gula secukup rasa

Cara Buat/Masak

1. Bersih ikan- lumur dengan limau nipis untuk menghilang bau hanyir
2. Lumurkan dengan sedikit garam kunyit
3. Goreng ikan hingga garing- angkat dan letakkan di atas dulang

Cara masak Sos

1. Tumiskan bawang Besar, bawang Merah dan lada besar yang telah dipotong dadu
2. masukan 1 paket tom yam adabi
3. Tumis sehingga wangi
4. masukkan 1 cawan atau lebih air
5. Masukkan sos chlili, sos tomato dan sos tiram anggaran dua sudu
6. Masukan Nanas dalam Tin bersama sedikit airnya
7. Masukan carot, mentimun dan tomato yang dipotong dadu tadi
8. masukan garam, tak perlu gula kerana nanas dalam tin manis dan masam
9. angkat dan curahkan di atas ikan.
10. siap dan boleh dimakan untuk berbuka puasa.....