Wednesday, October 26, 2011

Resipi Udang Butter







Resipi Udang Butter

Bahan-bahan

1. 1o ekor udang sederhana
2. 4 biji telur kuning
3. 5 sudu majerin/ butter
4. 1 batang Serai
5. 2 tangkai daun kari
6. 4 ulas bawang putih
7. 1 biji bawang besar holland
8. 1 biji lada Merah
9. Garam gula secukup rasa

Cara Buat Butter

1. Panaskan 4 sudu butter/majerin di dalam kuali
2. ambil telur kuning dan kacau hingga sebati
3. Masukkan sedikit air utk cairkan telur kuning tersebut
4. Bila butter dah cair, masukan butter secara perlahan-lahan supaya ia berurat
5. Gunakan bahagian belakang senduk bulat
6. Buat pusingan arah jam laju laju dengan bahagian belakang senduk 
7. Angkat telur kuning tinggi tinggi dan tuang secara perlahan dengan tangan kiri sambil tangan kanan memegang senduk dan membuat pusingan arah jam laju laju supaya sarang menjadi halus sambil 
6. bila dan kekuningan atau garing, angkat dan letakkan di atas penapis supaya minyaknya keluar
7. Kemudian asingkan, seperti dalam gambar

Cara masak udang

1. Panaskan satu sudu butter
2. masukkan bawang putih, bawang besar dan lada merah dan Serai...kacau hingga garing
3. masukkan udang, kacau, akhirnya masukkan garam gula secukup rasa serta daun kari supaya aromanya
4. bila dah masak angkat dan taburkan butter tadi seperti dalam gambar