Sunday, July 31, 2011

Resipi Daging Panggang Black Papper Bersos Stik














Resipi terbaru hari ni....." Daging Panggang Black papper bersos Stik " Untuk memasaknya tak perlu masa yang lama, senang ringkas dan yang paling penting sedap untuk dimakan semasa sahur atau berbuka puasa

Bahan- Bahan

1. 1 Kilo daging batang Pinang ( ore kelate panggil Daging Musse ) Bahagian yang paling lembut dan sesuai utk Panggang atau Stik
2. 5 Ulas Bawang Putih di ketuk
3. 1 biji Bawang besar di potong dadu
4. Sos Lada Hitam - Seperti dalam gambar
5. Serbuk Black Paper- seperti dalam gambar
6. Sos Stik- seperti dalam gambar

Cara- Cara Memasak

1. Potong Daging Nipis-nipis anggarkan sebesar tapak tangan
2. Ketuk melintang daging tersebut dengan pisau
3. perap daging tersebut bersama-sama dengan sos lada hitam, serbuk black papper dan sos stik
4. Perap lebih kurang 1 jam, taburkan bawang putih yang dah di ketuk bersama bawang Besar yang dipotong dadu
5. Masukkan ke dalam Ketuhar Microwave
6. tekan butang Grill dan setkan lebih kurang 45 minit
7. Angkat dan potong nipis-nipis letakkan di atas pinggang
8. picitkan sos stik di atas daging tadi

Siap dan boleh dimakan......Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan Selamat berpuasa untuk Semua umat islam diseluruh dunia.

Sunday, July 3, 2011

Ikan Merah masak tauchu Pedas





3/07/2011 Hari ni rasa nak makan ikan Merah segar, kebetulan semasa pergi ke pantai tu.....ada seekor ikan merah 1 kilo setengah...Murah beli kat Rozi ni.....Ikan pun segar baru naik dari laut....Harganya baru RM 14.00...kalau makan kat restouran tentu harganya mencecah RM 50 atau RM 60.00 Tapi kalau masak sendiri dengan resipi ciptaan sendiri tentunya menepati selera kita....

Bahan-Bahan

1. Seekor Ikan Merah
2. Tauchu Pedas jenama Yeos -Banyak kat kedai
2. 2 batang Timun Batang - Potong kiub
3. 2 biji Tomato - 1 potong kiub dan 1 lagi potong bunga utk hiasan
4. Bawang Besar, Bawang Putih
5. 4 biji cili padi - boleh kurangkan kalau tak suka pedas
6. 2 sudu sos tiram
1 biji limau nipis
1 sudu sos tomato dan sos cili

Cara Buat

1. Bersihkan Ikan - sapu ngan limau nipis utk hilangkan hanyir
2. Lumurkan sedikit garam kunyit
3. Goreng Ikan sampai garing
4. Angkat dan letakkan di dalam pinggang bujur

Kuah

1. Tumis bawang Putih, Bawang Besar cili padi dan sedikit Halia
2. Masukkan 3 sudu besar tauchu Pedas- kacau goreng
3. tambahkan sedikit air
4. Masukkan sos tomato dan sos cili dan sos tiram
4. kacau goreng, masukkan gula dan garam secuku rasa - garam perlu sedikit sahaja kerana tauchu dah masin
5. Perahkan 1 biji asam limau
6. Masukkan timun dan tomato yg dipotong kiub tadi
7. kacau goreng
8. Bila sudah masak, angkat dan curahkan di atas ikan....kemudian letakkan tomato yng dipotong bunga sebagai hiasan seperti dalam gambar.
9. Siap boleh dimakan.....Memang Enak sekali.....